CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, December 25, 2009

Perli...


Assalamualaikum w.b.t


Bertemu kite kembali dlm rancangan Hati Ke Hati...
Ye untuk rancangan kali ini kite akan membincangkan topik PERLI. Tentu ramai yang tak sabar lagi untuk membicarakan topik ini bukan? Baiklah bersama tetamu kita pada hari ini Nazifah. Seorang pelajar yang baru sahaja menamatkan pelajaran di sebuah universiti terkenal di negeri Selangor. Baiklah Nazifah apakah luahan dari hati Nazifah yang ingin Nazifah kongsikan di studio kita ini?


"Terima kasih kepada penerbit kerana sudi menjemput saya dalam rancanga Hati Ke Hati ini. Ape yang saya mahu kongsikan ini adalah sekadar luahan perasaan sahaja & bukan untuk mengguris perasaan siapa-siapa. Baiklah biarlah saya mulakan dengan perkataan 'saya tak suke diperli'. Maksud saya perli yang serius & bukannya gurauan. Saya tahu saya ni sangat banyak kelemahan. Kelemahan yang boleh membuatkan org lain menyampah & mungkin juga benci kepada saya. Tapi mereka semua boleh bagi tahu saya secara terus terang jika ade sebarang ketidakpuasan berkenaan sikap saya. Saya seorang yang lebih prefer untuk berbincang secara direct. Tak kisah la melalui perjumpaan ke, YM ke, call ke, mesej ke & lain-lain cara untuk berhubungan. Mereka boleh marah saya, kutuk saya, nasihat saya sampai mereka puas. Saya boleh terima. Tapi jangan sampai perli saya".


"Memang la kalo kena marah & tegur depan-depan itu menyakitkan & boleh menimbulkan kemarahan. Tetapi lama-kelamaan hati saya akan menjadi sejuk,mula terpikir-pikir apa yang dikatakan oleh orang terbabit dan akhirnya perasaan marah akan bertukar menjadi rasa bersalah terhadap orang terbabit lantas saya akan meminta maaf kepada orang tersebut atas perbuatan saya yang menjengkelkan sebelum itu. Tapi sekiranya kata-kata perli yang diucapkan dengan tujuan supaya saya terasa & berubah, mintak maaf kerana saya tidak akan lupa sampai bila-bila dengan kata-kata tersebut dan menjadi lebih teruk dari apa yang anda pikirkan semata-mata kerana saya ingin melawan balik apa yang mereka ungkapkan sebelum itu".


"Tolong jangan berkata-kata mengunakan ayat yang konon-kononnya adalah untuk general tapi pada hakikatnya ditujukan kepada satu pihak sahaja. Lepas itu bile ditanya mengenai maksud ayat tersebut mulalah buat ekspresi  muka yang ayat itu tidak membawa maksud apa-apa dan cube mengubah topik secepat mungkin supaya orang yang diperli itu tahu bahawa ayat itu adalah untuk dia. Lebih mengecewakan apabila orang yang menyindir itu adalah orang yang dianggap sebagai kawan yang mengenali diri ini. Tapi malangnya kawan seperti itu masih lagi tak mampu berterus-terang tentang keburukkan orang yang diperli & hanya mampu perli, perli & perli sahaja. Sepatutnya mereka yang dah mengenali lebih mudah untuk berterus-terang kerana hubungan mereka lebih mesra berbanding dengan orang-orang lain. Seringkali saya terpikir kenapa la seseorang itu sanggup perli berbanding dia cakap direct je. Kan senang kalo cakap direct, maksud pun sampai daripada perli yang tak jelas pastu nak orang berubah berdasarkan maksud perli tersebut".


"Saya sangat berterima kasih kepada semua housemates saya, bestfriends saya & kawan-kawan lain yang selama ini sudi menegur saya walaupun seringkali saya membuat kesilapan yang sama. Terima kasih atas kesabaran anda".


Itu dia td luahan perasaan Hati Ke Hati dari Nazifah yang kelihatan sedikit emosi. Sabar ye Nazifah kerana mungkin orang yang memerli Nazifah itu sayangkn Nazifah & mereka benar-benar ikhlas ingin melihat Nazifah menjadi seorang yang sempurna di mata mereka. Kepada penonton-penonton di rumah yang ingin berkongsi sebarang pendapat boleh la melakukannya dengan menghantar komen-komen anda ruang yang disediakan...

Monday, December 14, 2009

Alhamdulillah & Terima kasih,,,

Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah...

Itu lah kata-kata yang mampu dilafazkan setelah berjam-jam saya mengadap laptop demi melihat keputusan yang bakal keluar.

Syukur kehadrat Allah s.w.t kerna dgn limpah kurniaNya dapat saya merasai perasaan yg sama seperti yang dirasai oleh kawan-kawan saya 6 bulan yang lepas.

Terima kasih kepada emak, ayah & adik kerana tidak henti-henti memberi semangat & sanggup menempuh malu disebabkan kesilapan diri ini. InsyaALLAH Hafiz tidak akan mengulangi kesilapan sebegini lagi.

Terima kasih juga kepada Kak Rosnani yang sudi mencurahkan segala ilmu, housemates Padang Jawa n Dato Harun, bestfrens yang sangat disayangi, rakan seperjuangan & rakan yang pernah mengalami nasib yang sama, ofismates termasuk bos-bos yang memberi cuti, kawan yang memberi wish & semua pihak yang prihatin terhadap situasi saya.

InsyaALLAH segala tunjuk ajar serta keperihatinan dari anda semua akan mendapat ganjaran dari Allah s.w.t.

Saya gembira terhadap keputusan tersebut tapi yang paling penting adalah saya lega sangat dengan lepasnya ujian tersebut. Pengalaman seperti ini tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

Ingin rasanya hati ini menulis lagi dengan lebih terperinci tetapi memandangkan keletihan telah menguasai diri, maka InsyaALLAH akan saya sambung kembali entry berkaitan dengan ini di masa akan datang.

Sekali lagi;
Terima kasih semua!!!

Tuesday, November 24, 2009

Terima kasih

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah s.w.t kerna dgn limpah kurnia-Nya dapat ku belajar sesuatu tentang kehidupan & sesungguhnya segala apa ujian yang telah Allah berikan sebelum ini sangat bermakna bagi ku.Tanpa-nya aku tak mungkin akan terus berusaha untuk menyempurnakan apa yang sepatutnya. Walaupun belum sempurana 100% tapi aku bersyukur kerana dapat melalui segala-galanya dengan tabah.

Terima kasih. Itu ucapan yang mampu ku ucapkan kepada semua makhluk Allah s.w.t yang secara langsung dan tidak langsung telah memberikan ku semangat untuk menempuh segala dugaan dari Allah s.w.t sepanjang 5 bulan ini.

Segalanya masih menjadi tanda tanya dan semoga segalanya akan berakhir dengan baik selepas ini. Semoga aku tidak mengecewakan sesiapa lagi selepas ini terutamanya keluarga ku yang tercinta. Semoga Allah s.w.t memberkati segala-galanya. InsyaALLAH...

Kepada kawan-kawan semua, jangan la kita kecewakan hati orang-orang yang menyayangi kita kerana mereka akan lebih sakit dari apa yang kita fikir mereka akan rasa walaupun mereka tidak akan tunjukkan kesakitan itu...

Thursday, October 22, 2009

Tahniah kepada kawan-kawan...

Assalamualaikum w.b.t

Malam2 ni sangat tak tau nak wat ape lepas selesai tugasan yang telah diberikan. Diharapkan ini adalah tugasan terakhir yang perlu ku lakukan sesuai dengan title ku seorang.........

Puas sudah ku mengeluarkan air mata ini. Sampai sekarang air mata ini masih belum kering. Tapi masa tetap tidak akan berpatah balik. Mungkin tiada siapa yang akan mengerti ape yang aku rasa. Setiap hari aku melihat gambar kawan-kawan ku yang berjaya menggembirakan hati ibu-bapa & adik-beradik mereka. Ceria sangat mereka... Seolah-olah penat yang mereka tempuhi selama ini telah terbalas dengan senyuman dari ibu-bapa mereka yang gembira melihat anak mereka berjaya memenuhi hasrat mereka.

Kesian melihat emak & ayah di rumah... ketika ibu-bapa yang lain bergembira, mereka masih lagi berada di rumah. Kegembiraan yang sepatutnya mereka sambut telah di matikan oleh si anak yang tak berguna. Walaupun begitu mereka tidak pernah memarahi malah mereka sangat memahami.

Kadang-kala ku terfikir. Masihkah ada kesempatan untuk aku mengembalikan kegembiraan itu di hati mereka? masih adakah peluang untuk aku menebus kembali semua itu? jika dapatku tebus adakah aku dapat menggembirakan mereka sama seperti jika kegembiraan itu datang pada waktu ini?

Terima kasih kepada emak, ayah & adik. Maafkan atas segala kesalahan & perbuatan yang memalukan ini. Tiada niat di hati untuk memalukan keluarga...hafiz akan cuba sedaya-upaya kali ini untuk melengkapkan segala-galanya.

Tahniah kepada kawan-kawan yg telah berjaya memenuhi salah satu harapan ibu-bapa anda. Saya sangat suke tengok muka-muka anda gembira. Mesti best kan bile dapat penuhi impian mereka & impian anda sendiri. Teruskan la wajah-wajah kegembiraan tersebut kerna anda semua memang layak untuk meraikannya. Semoga anda semua mendapat kejayaan yang cemerlang di masa hadapan...

saya tak mampu menulisnya lagi...

Tuesday, August 25, 2009

sudah 3 bulan...

25 Ogos 2009
Genap 3 bulan aku tidak m'update sebarang post dalam blog ini. bukan malas untuk m'update blog ini tetapi hati ini tidak mahu berkongsi ape2 sepanjang tempoh itu. Pelbagai peristiwa telah berlaku dalam hidupku ini. Aku sangat 'sakit' dalam mengahadapi 3 bulan ini. hanya pada Allah dapat ku mengadu segala-galanya.


Keluarga
Hati anak mane yg tak sedih bile dirinya tak mampu melaksanakan ape yang diharapkan oleh ibu-bapanya. Harapan ibu-bapa yang menggunung terhadap anak mereka musnah akibat kebodohan si anak itu sendiri. Walaupun begitu si ibu & bapa tetap menerima anak mereka seadanya tanpa meletakkan kesalahan itu di bahu anak itu sendiri. Malahan galakan & semangat yang diberikan semoga si anak tidak terus kecewa menghadapi dugaan di dunia ini. Mereka tetap bersabar walaupun anak mereka ini tidak seperti anak-anak ibu-bapa yang lain. Biar mereka susah asalkan anak-anak tidak merasai kesusahan. Kenapa si anak tak pernah pikir semua tu sebelum ni. Puas ke hati si anak setelah menghampakan hati kedua-ibu bapanya? Suka ke setelah menjadi contoh yang buruk kepada si adik?

"Ya Allah kasihani la kedua ibu-bapa ku. Berikanlah aku kekuatan untuk ku terus berusaha mencapai cita-cita ku & kedua ibu-bapaku. Janganla hampakan mereka Ya Allah. Aku redha segala ketentuan Mu Ya Allah. Sesungguhnya diriMu adalah sebaik-baik perancang."

Kepada kawan-kawan semua, tahniah kerana berjaya memenuhi harapan ibu-bapa anda. Tolong la jangan sekali pun hampakan harapan ibu-bapa masing-masing & jadilah contoh terbaik kepada adik-adik anda.


Kawan
Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang setia disisi walaupun kawan korang ni selalu menyakitkan hati korang. Terima kasih kerana tidak lari semasa kawan korang ni menghadapi saat kesusahan & kesedihan. Terima kasih kepada Housemate & Bestfren atas kata-kata korang selama ini (aku sangat sayang korang). Terima kasih kepada teman-teman yang baru sahaja rapat tetapi cepat memahami diri ini.Hanya Allah SWT yang mampu membalas segala keikhlasan korang semua.


Banyak yang ingin ku tulis tetapi berat hati ku untuk menyambung tulisan ini. Setiap kali teringat hal ini, hatiku menjadi sebak... Tapi aku percaya bahawa manusia hanya merancang & berusaha, Allah SWT yang menentukan... Allah SWT tidak akan menguji hamba-Nya dengan sesuatu yang hamba-Nya tidak mampu tanggung... Allah SWT maha mengetahui segala yang terbaik untuk hamba-Nya...