CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, September 20, 2008

amarah yang memusnahkan...

(Ini adalah kisah yg dipetik dr buletin yg diposkn oleh seorang rakan.)

Sebuah kisah sedih yg perlu dijadikan iktibar bg mereka yg bakal berkeluarga.


Sepasang suami isteri seperti pasangan lain di kota-kota besar meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja. Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah, dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain di luar tetapi pintu pagar tetap dikunci.Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.


Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam. Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.


Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit,Siapa punya kerja ni?” Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan “Tak tahu...! saya tak tahu Tuan..!” “Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?” herdik si isteri lagi. bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata “Ita buat ayahhh.. cantik kan!” katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.


Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan. Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut . Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar. Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik. Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.


Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak. Pembantu rumah mengadu. “Sapukan minyak gamat tu!” balas tuannya, bapa si anak. Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. “Ita demam...” jawap pembantunya ringkas. “Bagi minum panadol tu,” balas si ibu. Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu. Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. “Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap” kata majikannya itu.


Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. “Tiada pilihan..” katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk. “Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah” kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.


Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihat kedua- dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata. “Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.” katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa. “Ita juga sayang Kak Narti..” katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria. Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... “Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,” katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

18 comments:

y4ku24 said...

Sungguh touching cerita ini. Kanak2 yang tiada dosanya yang akhirnya kena padah engkara salah ibubapa mendidik.
Kadang2 pelik kenapa orang boleh sayangkan kereta lebih daripada anak2. isk2.

Salam perkenalan dan salam ramadhan. :)

e-leeyana said...

(berjaya tahan air mata, walaupun sipi2 da nk gugur)...manusia dan hawa nafsu mmg xdpt dipisahkan...kerana nafsu juga manusia hilang kawalan...dan nafsu yg paling buas adlh nafsu 'amarah' yg perlu ditegah...

pengajaran melalui kekerasan??? bukankah kajian d serata dunia dah membuktikan bhw pengajaran terbaik adlh melalui kelembutan bknnya kekerasan...jiwa memberontak dlm dri manusia tu mmg xblh djangka...

berwaspadalah selalu...

Ungku Nor said...

cat kereta boleh spray lain, tangan anak..hmm..takkan dapat nak ganti dgn tangan sendiri pun.
pengajaran tu.

okey, akak dah gugel resepi kek batik.
sian kat awak hehehe

Bahan-bahan :

1. 1 buku butter cup
2. 1 cawan Milo
3. 1 cawan koko
4. 1 tin susu pekat
5. 6 biji telur
6. ½ cawan air
7. 2 paket biskut marie (patah 4)

Cara-caranya :

Patah²kan biskut marie ke dalam 1 mangkuk besar.

Masukkan butter ke dalam periuk atau kuali yang telah dipanaskan. Biar sehingga butter tu habis mencair. Kemudian masukkan milo dan sedikit gula. Kacau sehingga sebati. Jangan biarkan campuran butter dan milo tu membeku atau bergumpal ye. Pastuh, masukkan koko, telur yang telah dikacau dan 1/2 cawan air tadi ke dalam kuali tersebut.

Kendian, masukkan susu pekat tu. Bila dah tengok campuran coklat tu dah mendidih dan takde yang bergumpal, korang boleh la tutup api tu. Last skali, masukkan biskut marrie yang dah dipatahkan tu ke dalam kuali tu. Kacau gaulkan dan masukkan dalam loyang kemudiannya. Mampatkan semampat²nya kat dalam loyang tu.
last skali masuk la dalam fridge.

selamat masak & selamat makan ;)

Ungku Nor said...

Resepi Kek Batik yang simple lak;

Bahan-bahan ( 1 loyang )

* 1 packet milo (packet yg plg kecil)
* 1 tin susu cair (biase guna susu carnation evaporated)
* 1 buku buttercup
* 1 cawan gula halus
* 1 biji telur ayam
* serbuk koko (dlm 1 sudu besar)
* 1 1/2 packet biskut marie (lbh sedap kalau gne biskut marie biase bkn yg perisa koko)

Cara-cara

1. masukkan semua bahan-bahan tadi ke dalam periuk (kecuali biskut marie)
2. cairkan semua bahan-bahan tu dengan api yg kecil
3. kacau bahan-bahan tu smpi pekat (dlm 15 min)
4. bila da pekat, tutup api dan masukkan biskut marie dan kacau sehingga sebati
5. then, masukkan ke dalam loyang dan mampatkan
6. pastu, masukkan dlm peti sejuk untuk keraskan. kalau dah keras bru sedap dimakan...selamat mencuba

e-leeyana said...

hushhh...dpt resepi tuuu...

mmg sy menangis...tp nmpknya tangisan tu makin pilu ble thu sesuatu hr ni....

hummm...dugaan ramadhan lg...stlh berjaya, dtg pula ujian yg lg hebat gamaknya...nk ceritakan di blog, terasa letih utk bicara mengenainya...huhu...doakan la org2 tu berubah...

Hafizan said...

to yaku24:
thanks for visiting my blog.salam perkenalan & salam ramadhan.
btul kate awk tu.kerana mendidik dgn kekerasan.tangan kanak2 tu terkorban.semoga kite dihindari drpd perbuatan2 sedemikian.insyaALLAH.

to eleeyana:
manusia sekarang byk yg menerima cara yg lembut berbanding kekerasan.tp masih ade yg rase kekerasan mampu nengajar.

iliyana,mesti awk menangis sbb kwn2 awk kn?takpe la,bln puasa nie mmg byk dugaan dan setiap dugaan akan mnyentuh perasaan.sabar & banyakkan berdoa.smoga berjaya.

to kak ungku nor:
tu la bile manusia dh sygkn cat kereta drpd tgn anak.

kak,time kasih sbb bg resepi tu.tak sabar nk try huhu...lps try nnt sy bgtau akak hasilnye ye.
thanks sb malawat blog nie.

AimihAyy said...

-speechless-

congrats on the writing,congrats on the brilliant post!

ye,amarah adelah sifat syaitan dan it will lead people to regret on the decision they made.

marah boleh timbul bile2 masa saja dan bila marah,sume akan kuar,akan buat keputusan yg melulu and tidak tepat esp apabila ia melibatkan kehilangan yg besar.

dari situ akan timbul penyesalan yg tiada sudahnye.beri saje ape situation.semuanya sama,trust me.

tp percayalah,tanpa sifat marah,manusia juga tidak belajar,hepy selalu pun tidak mematangkan seseorg manusia.terpulang cara kita dididik utk menghadapi sesuatu situasi.

[sory,terlecture free].neway,the best post setakat ni!

said ooo said ooo said said...

poskan cerita ini kepada smua ibubapa di malaysia sebagai ucapan hari raya..dan ingatan seumur hidup..sesungguhnya tiadalah yang boleh halang kelajuan nafsu manusia itu melainkan tekan pedal break dengan iman yang kuat..

enchek camera said...

salam ziarah


wow
sian nye anak kecil tu
gara2 lebih sygkan kereta
tgn anak menjadi mangsa

Hafizan said...

to aimi:
takpe la nk lecture pn.ape ygaimi ckp tu btul.ape2 sitiasi pn kalo tak kawal marah leh jd penyesalan last2 skali.

aimi,cite ni bkn org yg karangkn.amik dr buletin je hehe...kwn yg pos.

to said ooo said ooo said:
kalolah ade kuasa nk poskn cerita ini,nescaya cerita ini sudah sampai di tgn ibu-bapa di dunia ini.namun ini sahaja yg mampu ku lakukan..

hai enchek camera:
salam ukhwah, time kasih kerna sudi melawat.

bile syg sgt kereta.tuyg jd camtu.pastu nk nyesal lak.ceh..

thanks for the comment.

Anonymous said...

Sedihnye....

-yana-

mayamin syafiqah said...

uh..sedihnye..

zaydmestikateakumakcikpeberetdia said...

dh pnah bace dh citer nih bbrp kali, tp kerana kebengangan yang tidak terluah terhadap kebangangan org2 'dewasa', everytime mesti aku sebak ble smpai part bdak tu mintak balik tgn die..
mahal nyer kete die banding ngan masa depan anak die tu kan.. keter ape tuh ek? lg mahal drpd amanah Allah pade die.. uish..
Semoga kite sume dikurniakan kesabaran bile tiba ujian2 cmni.. Ameen

wan atiqah said...

membaca rentetan kisah ini..membuatkan hati ku tersentuh....si anak kecil yang bermain dgn hidup melalui lakaran wajah ibu dan ayah...betapa menunjukkan si anak menyayangi si ibu dan ayah...tidakkah sedari oleh mereka??

p/s: Si ayah sepatutnya membeli peralatan lukisan utk si anak kecil...nmpaknye begitu berbakat dlm bidang seni nih..hehe...itu salah satu alternatif utk mengelak perkara sama berulang...bukan melalui kekerasan...

-hafizan, i already add ur blog link at my webpage...permata nusantara...simply visit my webpage ya...

petz said...

ish..pedih nye rsa hati ku ni...
bagai bulan menyentuh bintang d langit

sayang mak abah said...

harta benda menjadi keutamaan dlam hidup zaman skrg...

anak diabaikan...mcm mane anak nak di didik dgn betul kalau perangai ibubapa pn xbetul??

fikirkanlah sejenak...semuanya bermula daripada mak bapak..

xelok makbapak, x elok lah si anaknya...TAPI anda kena igt...walaupun buruknya dorg, mereka tetap ibubapa kta smpai akhirat...

even didikan dorg xbetul, kita jgn ikot...ubah diri kita...kalau bkn kita sape lg??hanya diri sndiri sja yg boleh ubah nasib hdup...

so, kalau ibubpa buat xbtul, tegur la scara terhormat..jgn seskali melwan ckp dorg...tegur leklok...

ingatlah, anda akan hargai ibubapa anda apabila dorg dah tiada kelak...so, syglah mereka dgn spenuhnya...jga mereka leklok...

kepada anak2 remaja, jadilah anak yg berguna. sekian....

Hafizan said...

to maya,yana & zaydmestikateakumakcikpeberetdie:
hehe..aku bace dh bape kali pn sdih gak.aku rase bapak die gune ferarri kot haha..

to wan atiqah:
ayah die lambat kesan kebolehan seni anak die.tu yg smpai ptg tgn tu hehe..sy dh letak link awk kat blog nie..jmpt2 la dtg slalu ye.

to petz:
camne bulan nak sentuh bintang di langit?

to sayang mak abah:
sy mmg stuju kata2 anda 2000% hehehe...

A.R.Y. said...

iskiskisk
sedihnye....
mcm2 perangai manusia sekarang..
anak sakit pon tanak jenguk....
kdg2 kitorg [clinical students]marah2 kat parents sbb tak jage anak..
anak yg sakit dia tak mandikan...
kdg2 berak kencing atas tilam kt hospital tu pun mak dia wat bodo je....
smpai kdg2 tercakap dlm hati "buat anak reti, tp jage anak tak reti.."
dan kpd yg dijaga dgn baik [peringatan untuk kalian dan diriku sendiri], jgn lak tak reti bls jase ibubapa, ok?