CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, October 13, 2008

aku beraya

Asalammualaaikum w.b.t

Alhamdulillah ketemu kita kembali dalam ruangan blog ini setelah meninggalkannya beberapa minggu. Bkn ingin mendiamkan diri cuma ingin menikmati cuti-cuti raya dgn penuh nikmat. Oleh kerana musim raya masih belum berakhir, so aku nak la cite sikit psl aktiviti raya yg aku lalui. Tahun nie aku tak raya kat Perlis(kampong belah ayah) sbb adik nak PMR. So tahun nie raya kat KL. Umah sedara seblah mak. Malam sebelum raya tu aku tolong wat ketupat palas walaupun tugas aku hanya menganyam jer..tp nie la 1st time aku anyam ketupat palas. Tak tau la jadi jantan ke betina hehe...kalo ketupat jantan tu anyamannye lg lawa dr ketupat betina... tgh2 anyam tu ade gak la 2-3 kali terkoyakkan daun palas tu. Lps anyam ketupat tu tgk la tv tp tak mampu bertahan lama sbb pnat sgt. Esok tu pagi2 sembahyang kat masjid berdekatan rumah. Selepas sembahyang mcm biasa la sesi bersalaman sesame mak,ayah dan adik. lps tu kami pun makan bersama-sama.lps tu aku pn menonton Teratak Siti Nurhaliza(actually aku je yg excited nak tgk hehe..). tgh hari tu kami satu family gi umah family angkat aku yang tak berapa jauh dr rumah aku. Mmg target aku kat sane nak makan lontong die. Banyak gak la aku mkn kuah lodeh die tue.sangat sedap..setahun sekali je boleh rase. Dari umah mak angkat tu kami pun bertolak ke KL menuju ke rumah mak/bapak sedara aku. Semua rumah tu menghidangkan makanan yg byk. So utk tidak mengecikkan hati sedara-mara yg penat msk tu. Aku pn tpaksa la mkn banyak2 demi menjaga hati mereka hahaha… sepanjang aku bersama sedara2 yg jarang aku jumpa, baru la aku perasan yg nie adalah tahun terakhir aku terima duit raya dr mereka. Mungkin tahun hadapan giliran aku pula memberi duit raya kpd anak2 sepupu ku hehe… tak sbrnye nk bg duit raya. Sebenarnya ade byk lagi kisah raya yg ingin ku cerita. tp bkn waktu sekarang kerana ade beberapa gambar yg blum aku dpt lg. Ape2 pn hepi raya utk semua. Jemput la dtg umah ye...