Ahmad & Abu bekerja sebagai mekanik kereta di Kuala Pilah. Suatu hari Abu ternampak iklan dimana seorang YB di kawasan terbabit ingin mencari seorang mekanik peribadi. Di hati Abu timbul sedikit minat utk menjadi mekanik peribadi utk YB tersebut. Tp minat itu tidak lah mendalam sgt. oleh itu die tidaklah melakukan sebarang usaha utk menjadi mekanik peribadi YB itu dan membiarkan peluang itu begitu saja.
Suatu hari Abu terdengar berita yg Ahmad ingin mencuba nasib untuk menjadi mekanik peribadi YB tersebut. Tp Abu tidak berasa senang dgn berita tersebut kerana Abu kenal sgt pada Ahmad. Ahmad merupakan seorang mekanik yang tidak setia pada bengkel tempat die bekerja. Ahmad suke pindah2 bengkel sebelum tempoh perkhidmatan die tamat. Ahmad akan meninggalkan bengkel tempat die bekerja sekiranya mendapat offer yg lebih tinggi tanpa menepati "perjanjian mulut" untuk bekerja di bengkel terbabit bg tempoh tertentu. Perbuatan Ahmad telah melukakan hati banyak pemilik bengkel di Kuala Pilah. Oleh yang demikian Abu telah mengambil keputusan untuk bersaing dengan Ahmad bg merebut jawatan mekanik tetap YB Kuala Pilah. Hal itu semata-mata untuk mengelakkan YB menjadi mangsa seterusnya kerana YB itu seorang yg lembut hatinya.
Oleh kerana terdapat 2 org yg ingin merebut jawatan tersebut maka YB pun memberikan mereka berdua kereta yg rosak. Setiap org mendapat 1 kereta. mereka dikehendaki membetulkan kerosakkan terbabit. Kedua2 mekanik terbabit berjaya menyiapkan tugas yg diberikan pada masa yg ditetapkan. Tp malangnya Ahmad berjaya menyiapkannya awal sedikit berbanding Abu. Lalu YB terbabit tanpa rasa bersalah terus m'compare'kan Abu dgn Ahmad. Hati Abu terluka kerana kereta yg dibaiki itu lambat siap kerana kerosakan pada kereta yg diterima adalah lebih besar berbanding kereta yg diterima oleh Ahmad. Walaubagaimana pun Abu tetap akan berusaha sedaya-upaya untuk menghalang Ahmad dr menjadi mekanik tetap YB. Die bukan dengkikan Ahmad, tp Ahmad sekarang sedang bekerja dgn seorang Haji Bakar, pemilik bengkel yg sgt baik hati. Oleh itu Abu tanak hati Haji Bakar terbabit terluka & Abu juga tanak Ahmad menjadikan YB yg lembut hatinya itu sebagai mangsa seterusnya. Lagipun Abu mmg pernah terdengar dr kwn Ahmad tentang perancangan Ahmad untuk mencipta masalah dgn Haji Bakar supaya die dapat berhenti kerja dan bekerja dgn YB.
Oleh kerana berita Ahmad bakal dipilih sebagai mekanik tetap YB telah tersebar dikalangan mekanik2 di sekitar Kuala Pilah & juga rakan2 rapat YB, maka ramai la mekanik & rakan2 YB tersebut dtg & memberi nasihat kepada YB dgn menerangkan sifat2 peribadi Ahmad. Tp kata2 mereka semua tidak setanding dgn kata2 Ahmad yg amat manis bicaranya. Siapa mereka utk bertanding kata2 dgn Ahmad yg pernah bekerja di syarikat MLM Lakzor...
YB telah berjanji akan mengumumkan siapakah yang layak untuk menjadi mekanik tetap beliau. Tetapi hari berganti hari, YB tetap jua membisu...
Suatu hari Abu telah m'SMS YB utk m'offerkn khidmat service kereta percuma utk YB. Tetapi malangnya YB memberitahu bahawa kereta beliau telah diservis oleh Ahmad. Maka dlm kepelikan Abu pun bertanya kepada YB adakah beliau telah memilih Ahmad sebagai mekanik tetap beliau. Lalu YB pun menjawab "anggaplah Ahmad yang terpilih". Abu bertanya lagi "sejak bila Ahmad dipilih & kenapa tak bg tau awal2?". YB pun membalas SMS terakhir dgn berkata "baru lagi.... tak tau macam mane nak bg tau". Abu pun membalas SMS terbabit dgn "thanks". Hati Abu sgt kecewa...
Dr nasihat kawan2 Abu pun terpikir, mungkin ade rezeki yg lebih baik untuk die. Mungkin die akan ditakdirkan menjadi mekanik kapal terbang MAS suatu hari nnt. Sekiranya YB menjadi mangsa Ahmad, mungkin peristiwa ini dpt mengajar YB erti kehidupan... Mungkin jua Ahmad mula menjadi setia kepada majikan setelah bekerja dgn YB...
Realiti
1 day ago
10 comments:
touching2..haha..
ahmad keja kat syarikat MLM lakzor?hahah..tinggi btol imaginasi ko tam...
ramai lagi YB laen yg memerlukan khidmat abu tu..mane tau bukan stakat YB,kerabat diraja pon ade..tak sabar aku nak tau kesudahan cerita ko nih..hehe
sabar la ye..takde dugaan,bosan plak idup kan..takkan ari2 nak gi lepak n karaoke ngan kitorg je kan..haha..nnt takde gosip plak nak cite..wish u for the best in life n love...heh
to nazri: haha...touching ker? eh ko bkn hati kering ker?
to tya: adoiii...ape kaitan lak cite nie dgn life n love aku?
tu komen utk post yg lg 1 la..malas nak komen baru..haha
wow life and love pak tam??
sweetnye... hihi~~~
Abu and Ahmad tu bukan nama sebenar kan?
sedih lak cite ni. kelaka pn ade tapi sedih lagi byk. sian abu. abu tu kawan aimi tau, amik dentist. tetibe jadi mekanik. sian gile sedih~
betul moral cite ni.kadang2 kite tak perlu bersaing pun once we know kite dh kalah.Tuhan dah jadikan sumenya baik utk kite cuz Dia Maha Adil.Dia ade something yg lbih baik utk kite tu.cume maybe perit la utk dpt ape yg dia rancang untuk kite.
hehe~ cant wait utk sequel cite ni.
Abu and Ahmad tu bukan nama sebenar kan?
sedih lak cite ni. kelaka pn ade tapi sedih lagi byk. sian abu. abu tu kawan aimi tau, amik dentist. tetibe jadi mekanik. sian gile sedih~
betul moral cite ni.kadang2 kite tak perlu bersaing pun once we know kite dh kalah.Tuhan dah jadikan sumenya baik utk kite cuz Dia Maha Adil.Dia ade something yg lbih baik utk kite tu.cume maybe perit la utk dpt ape yg dia rancang untuk kite.
hehe~ cant wait utk sequel cite ni.
to sapik: sweet?hahaha... sweet la sgt...
to aimi: tak salah kot kalo nk bersaing. kte mane tau keputusan yg tuhan buat utk kite kn?so cube jela. better kalah bile mencuba dr tak cube langsung...
tam...aku sbg visitor di sini nk tny..
mane reference cter ni???
ko x attach pun???
aku ne wat additional research ni...
coba kau coba~
Post a Comment