CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, January 31, 2009

tagged by Iss and Syafiq



thanks kat korg berdua sbb tag aku. sori la lambat postkn tag nie. 10 hobbies of me.

  1. tengok tv, tu la satu2 nye hobi aku dr kecik sampai skrg yg tak pnah ubah2 hehe…
  2. baring, pantang je ade ruang tmpt & masa sikit.pasti akan ku gunakannye.
  3. berborak, yes!! sgt suke berborak dgn org yang aku rapat and kenal jer.
  4. berangan, sering dilakukan sewaktu baring huhu..
  5. gossip, pergh..mesti la update.
  6. internet, w/pun bosan tp still nk msk gak.
  7. main dgn kucing.
  8. makan setelah lapar,berhenti sebelum kenyang (lawannya!...bile la nak berubah)
  9. lepak sampai tgh malam dgn member
  10. berjalan-jalan, melancong dan bersiar-siar

memandangkan kebanyakkan kwn2 telah pun di tag. Jd aku mebuka tag ini kpd sesiapa saje yg teringin nak wat.(anda di tag!!!)

syarat-syarat
  1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.
  2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
  3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).
  4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.
  5. Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan "anda telah di tag - sila layari blog hafizan untuk mendapatkan award anda"



Kunjungan ke rumah Puan Aluyah

Khamis lepas dlm pkul 4 lebih kami yg terdiri drpd Maya, Tok, Omar, Pakcik, K.A, Awin, Iss, Fairuz, Lela & aku sendiri telah menziarahi seorg kaunselor yg sgt kami hormati, Puan Aluyah. Beliau sedang menghidapi penyakit ketumbuhan yg tumbuh di rahim beliau. Tujuan utama kedatangan kami adalah untuk memberikan semangat dan menceriakan beliau untuk berhadapan dengan penyakit tersebut. Tapi perkara sebaliknya yang berlaku. Kami pula yg diberikan semangat drpd kata2 beliau yg sunguh menyentuh hati. Bagaimana seorang manusia yg menghidapi ketumbuhan melalui hidupnya dgn tabah dan redha. Beliau kate dlm hidup nie sentiasa ade 2 benda yg berlawanan. Ade perempuan ade laki, ade baik ade jahat, ade marah ade sabar, ade takut ade berani, ade sedih ade gembira dan mcm2 lg yg kite leh pikir sendiri. Terpulang la kat kite nak pilih yang mane.


Ape yg beliau amalkan sekarang ni adalah sabar dan redha atas ape yang Allah s.w.t tentukan dan bersyukur ke atas ape yang Allah s.w.t beri. Beliau ade kate, sedangkan Nabi Ayub a.s pun malu nk berdoa kpd Allah s.w.t bile Allah s.w.t turunkan ujian kepadanya sebab sebelum tu Allah s.w.t dh kurniakan nikmat yg begitu banyak kepada Nabi Ayub a.s. So,bile dpt ujian tu apela sgt nk dibandingkan dgn nikmat Allah s.w.t kepada kite semua. Lagipun dosa nie kan sebagai penghapus dosa. Time beliau mula2 dpt tau psl berita tu, tiada langsung nada terkejut malahan beliau cukup redha utk terima semua itu. Hinggakan sampai satu tahap doctor tersalah bgtau yg beliau menghidapi kanser pun beliau boleh tenang terima berita tersebut. Rupanya kanser tersebut adalah dihidapi oleh pesakit lain. Beliau pula yg berasa kasihan dgn pesakit terbabit dan mendoakan pesakit terbabit.


Setiap manusia ade rezeki masing2 dan menurut beliau sebelum malaikat Izrail dtg mencabut nyawa, Izrail akan bertanya kepada Mikail samada setiap rezeki yg diberikan Allah kepada manusia terbabit telah disempurnakan atau tidak. Sekiranya belum disempunakan maka, Mikail akan menyempurnakan dan setelah semua rezeki manusia terbabit diselesaikan Izrail akan mencabut nyawa tepat pada masa yg ditetapkan, tidak terawal ataupun terlambat mahupun sesaat. So, setiap manusia ade rezeki masing2 dan kite perlu la bersyukur atas ape yg Allah berikan samada benda tu baik atau buruk. Sekiranya kite inginkan rezeki yg lebih berusaha, berdoa dan bertawakal la kpd Allah s.w.t. Allah s.w.t tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum selagi kaum itu sendiri tidak mengubahnya.


kunjungan ke rumah Puan Aluyah sgt memberi makna. Selain drpd kata2 semangat yang menusuk hati, gurauan beliau dgn anak2 beliau turut mencuit hati. Seolah-olah tiada masalah yg dihadapi beliau. Banyak pengajaran yang kami perolehi semasa menziarahi beliau. Semoga kesihatan beliau bertambah baik dan seoga beliau tabah dan redha manghadapi dugaan yg Allah s.w.t berikan.

mengomel!!!

Kenapa malas sgt nk update blog ini!!!


Adoi…ingatkn dh msk balik U rajin la skit nak wat blog. Tp malangnye byk kekangan2 yg menghalangku dr terus blogging.


Jelesnye tgk blog org len slalu je update. Pandai tul diorg manage mase. Tu la masalahnye bile org takde disiplin nie. Adoi, idea byk tp malas lak nk duk dpn laptop berjam-jam. Last2 blog nie gak terbengkalai. Bile dah balik umah br la mula nak update.


Ntah ape2 aku nie tetibe je sound diri sendiri. Tp best gak sound diri sendiri. Sbb takkan touching la bile kene sound hahaha…