Alhamdulillah… setelah seminggu lebih mengharungi dugaan dari Allah s.w.t. demam ku semakin kebah. Sabtu 2 minggu lepas bersamaan
Last skali Tok dgn Wak pun bawak aku ke klinik seksyen 17. Time tu doctor bg pilihan nk mkn ubat ke @ nak injection. Kalo nk inject dlm 1 jam dh leh elok. Tp kalo mkn ubat 2 hari br leh sembuh. Memandangkan suhu aku pun dh 40 degree, lusa lak ade test maka tanpa pikir panjang aku pun pilih injection jer. Dua kali kene inject. 1 demam 1 lg antibiotic yg 2 kali ganda. Lps blk umah badan ku mula berpeluh. Macam kene hujan. Aku mula pikir yg aku dh sihat. Malam tu semuanya ok tapi…. Aku mula rase mcm nak demam balik. Esok tu pagi2 lg badan aku mula panas balik.
Family ku dtg dr Seremban utk menjenguk keadaan aku. Pelbagai barangan perubatan dibekalkan seperti koolfever, air badak etc… petang ahad tu selepas berjumpa dgn family aku pergi ke jamuan sambutan ulang tahun Peers ke-26. Dalam keadaan yg tak larat aku gagahkn diri utk ke sana.bersama-sama Omar, Pakcik & Tok. Thanks la kepada sesiapa yg tlg ambikkan makanan, bertanya kabar, bg nasihat n mcm2 lg. Syok sgt jumpa korg time tue.
Malam tu aku sgt tak selesa. Aku bernekad utk tidak mengambil test. Ustad telah menghantar ku ke Pusat Kesihatan (PK) pada isnin pagi. Air dimasukkan dan darah telah diambil. Doctor mengesahkan darah aku mengandungi Denggi. Keadaan berulang setiap hari dimana aku perlu ke PK sehingga hari rabu. Setelah itu aku telah dijemput oleh emak utk dibawa ke Seremban. Pada mulanye aku mengharapkan utk ditahan di wad Hospital Besar Seremban. Tp doctor memberitahu bahawa kalo keadaan darah aku teruk barulah aku akan ditahan. Yg lebih penting aku tidak lg dihubungi oleh pihak hospital selepas itu. Maknanya aku terpaksa berehat di rumah jer. Aku pulang ke Padang Jawa pada ahad ptg. Tu pun tak sihat lg tp terpaksa gak balik. Mak dgn ayah yang anta. Sampai aku tulis blog nie pun still ade sakit tekak & selsema. Maybe demam biasa je kot.
Di kesempatan ini ingin ku ucapkan ribuan terima kasih kepada:
1.) Mak, ayah dan adik kerana sudi menjaga, mengambil, menghantar, membelai, merawat Hafiz. Walaupun sampai terpaksa amek cuti. Time kasih sgt2… mintak maaf kerana menyusahkan… syg~~ mak, ayah & adik.
2.) Tok sebab sudi anta gi klinik, jage, amek air lapkan aku, belikan makanan sampai die sendiri demam lps tu.
3.) Wak, ustad & mapei sebab sudi anta ke klinik/PK. Pastu belikan makanan.
4.) K.A sebab jumpa lecturers utk bgtau keadaan aku.
5.) Omar & Pakcik sebab selimutkan aku dikala ku kesejukkan.
6.) Lela,Tya, Maya sbb sudi dtg time aku kat PK siap dgn coklat, pastu dtg melawat kat Pdg Jawa time hujan dgn bwk kuih-muih & muffin lg. Tasha pn ade time tu. Thanks korg. Terharu sgt2…
7.) Qilah & Iss yg sudi dtg ke rumah utk melawat aku di Seremban huhu…sian korg aku tak hidangkn ape2 time tue.
8.) Aimi yg slalu msg, palo dgn pusar yg melawat kat umah, Erol yg sudi call. Sori sbb tak dpt join trip klas ke Melaka… ruginye huhu…
9.) Pakcik bawah rumah yg bg air chlorophyll. Agak berkesan gak la air tue hehehe…
Dan sesiapa sahaja yg mengambil berat akan diri ini termasuk doctor & jururawat di PK, Engriani yg byk bg nasihat & kwn2 Peers yg mngambil berat (termasuk syafiq & aliff yg dtg ). Mintak maaf la kalo tak tersebut semua org kat sini. InsyaALLAH kenangan nie akan dikenang sampai bila-bila.
TERIMA KASIH SEMUA~~~
Semoga ALLAH s.w.t yg membalas jasa awk semua…