CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, August 25, 2009

sudah 3 bulan...

25 Ogos 2009
Genap 3 bulan aku tidak m'update sebarang post dalam blog ini. bukan malas untuk m'update blog ini tetapi hati ini tidak mahu berkongsi ape2 sepanjang tempoh itu. Pelbagai peristiwa telah berlaku dalam hidupku ini. Aku sangat 'sakit' dalam mengahadapi 3 bulan ini. hanya pada Allah dapat ku mengadu segala-galanya.


Keluarga
Hati anak mane yg tak sedih bile dirinya tak mampu melaksanakan ape yang diharapkan oleh ibu-bapanya. Harapan ibu-bapa yang menggunung terhadap anak mereka musnah akibat kebodohan si anak itu sendiri. Walaupun begitu si ibu & bapa tetap menerima anak mereka seadanya tanpa meletakkan kesalahan itu di bahu anak itu sendiri. Malahan galakan & semangat yang diberikan semoga si anak tidak terus kecewa menghadapi dugaan di dunia ini. Mereka tetap bersabar walaupun anak mereka ini tidak seperti anak-anak ibu-bapa yang lain. Biar mereka susah asalkan anak-anak tidak merasai kesusahan. Kenapa si anak tak pernah pikir semua tu sebelum ni. Puas ke hati si anak setelah menghampakan hati kedua-ibu bapanya? Suka ke setelah menjadi contoh yang buruk kepada si adik?

"Ya Allah kasihani la kedua ibu-bapa ku. Berikanlah aku kekuatan untuk ku terus berusaha mencapai cita-cita ku & kedua ibu-bapaku. Janganla hampakan mereka Ya Allah. Aku redha segala ketentuan Mu Ya Allah. Sesungguhnya diriMu adalah sebaik-baik perancang."

Kepada kawan-kawan semua, tahniah kerana berjaya memenuhi harapan ibu-bapa anda. Tolong la jangan sekali pun hampakan harapan ibu-bapa masing-masing & jadilah contoh terbaik kepada adik-adik anda.


Kawan
Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang setia disisi walaupun kawan korang ni selalu menyakitkan hati korang. Terima kasih kerana tidak lari semasa kawan korang ni menghadapi saat kesusahan & kesedihan. Terima kasih kepada Housemate & Bestfren atas kata-kata korang selama ini (aku sangat sayang korang). Terima kasih kepada teman-teman yang baru sahaja rapat tetapi cepat memahami diri ini.Hanya Allah SWT yang mampu membalas segala keikhlasan korang semua.


Banyak yang ingin ku tulis tetapi berat hati ku untuk menyambung tulisan ini. Setiap kali teringat hal ini, hatiku menjadi sebak... Tapi aku percaya bahawa manusia hanya merancang & berusaha, Allah SWT yang menentukan... Allah SWT tidak akan menguji hamba-Nya dengan sesuatu yang hamba-Nya tidak mampu tanggung... Allah SWT maha mengetahui segala yang terbaik untuk hamba-Nya...

ramadhan menjelang tiba...

Assalamualaikum wbt...

Terlebih dahulu ingin ku ucapkan selamat menyambut bulan Ramadan yang mulia ini kepada semua muslimin & muslimat sekelian. Tak terlewat rasenye untuk memberikan ucapan ini walaupun sudah 4 hari kite berpuasa... Aku dengan rendah hati ingin memohon kemaafan kepada sesiapa saje sepanjang perkenalan kite semua. Semoga dapat dihapuskan segala dosa aku di dalam bulan yang mulia ini. Diharapkan kedatangan Ramadan ini dapat kite penuhi dengan amal ibadat kepada Allah SWT. Kerjakanlah ibadat-ibadat sunat dengan lebih kerap disamping ibadat yang wajib kita laksanakan. Lakukanlah semua amalan tersebut dengan ikhlas kerana Allah SWT. InsyaALLAH segala amal ibadat kite akan diterima oleh Allah SWT.

Selamat melakukan amal-ibadat~~